Posts

Showing posts from December, 2016

Good bye 2016! Welcome 2017!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah wa syukurillah atas ruang dan peluang untuk menulis satu titipan terakhir untuk tahun 2016. Banyak betul rasa perkara yang terjadi tahun ini. Ada yang menyeronokkan dan ada yang menduka citakan. But indeed its normal. That's life isn't? Fokus ku untuk penulisan kali ini hanyalah untuk menyimpul segala aktiviti-aktiviti yang telah aku lalui sepanjang tahun ini. Juga sejauh mana terlaksananya azam 2016 yang telah ku pasang dahulu. Ada yang tercapai ada yang kecundang tengah jalan dan ada juga yang kecundang di saat akhir sebelum ianya terlaksana. Apa pun aku tetap bersyukur sebab natijahnya membuatkan aku lebih terbuka minda dan mata terhadap sekeliling. Alhamdulillah. So kat mana agaknya nak mula? Haha. 1. Karier Alhamdulillah dalam dunia karier ku setakat ini, aku berjaya berada di landasan yang betul. In fact bak kata sahabatku aku antara budak batch aku yang berjaya bekerja di dalam bidang yang dipelajari. Tambahan bidang kerja ak

Rumah Selangorku 2016

Image
Assalamualaikum w.b.t. Disebalik cabaran ekonomi negara yang kian meruncing, tambahan pula dengan kehangatan isu-isu politik tanah air yang secara tak langsung dikatakan mempengaruhi kejatuhan nilai mata wang ringgit dan kedudukan ekonomi di Malaysia, juga kegiatan-kegiatan yang 'terlarang' hasil tangan orang-orang politik tanah air semakin menjadi-jadi menyebabkan rakyat makin merana dan terbeban dengan kos sara hidup yang terus meningkat. Harga minyak dunia naik, harga minyak Malaysia turut naik. Tapi yang hairannya bila harga minyak dunia dikatakan menurun, takde pulak harga minyak Malaysia menurun. Juga turut terkena impaknya adalah harga barangan keperluan asasi. Meningkat dan terus meningkat. Siapa yang wajar dipertanggungjawabkan? Ekonomi itu sendiri atau orang yang menguruskannya? Hmm. Apepun syukur alhamdulillah dan terima kasih kerajaan Negeri Selangor atas usaha kalian untuk memastikan hasil kutipan cukai dan pendapatan di negeri ini disumbang kembali kepada raky

Berdiam diri untuk mengelak perbalahan, Akhirnya memakan diri

Image
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan dan ruang untuk menitipkan sedikit perkongsian pendapat berkaitan senario di laman media sosial zaman sekarang. Makin meniti hari-hari akhir tahun 2016, makin sibuk diri ini dengan kerja yang bertimbun di office. Lama jugak tak berceloteh dalam arena blogging ni. Haha. Sebenarnya ungkapan seperti di ruangan tajuk post kali ini adalah merupakan perkongsian tweet dari salah seorang sahabatku. "Berdiam diri untuk mengelak perbalahan, akhirnya memakan diri" Yes. Totally agree! Di ruang lingkup media sosial tersangat bahaya rupanya bila kita menyibukkan diri di dunia realiti dan mengabaikan dunia virtual ni, macam-macam andaian orang boleh buat hasil dari interpretasi terhadap satu dua ungkapan yang kita titipkan di ruangan status di media sosial. Kalau andaian itu benar mungkin masih boleh terima lagi. Tapi sekiranya ia tak benar boleh membawa kepada fitnah. Pernah juga bersembang dengan sahabat berkaita