Posts

Showing posts from August, 2017

Irau Tinggal Harapan, Suku Dalam Kenangan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sedikit perkongsian aktiviti dihujung minggu lepas. Diajak turut serta dalam misi pendakian ke puncak Gunung Irau. Tanpa latihan dan persediaan fizikal. Memang agak nervous sikit sebelum naik. Al-maklum pernah mengalami kecederaan dalam misi pendakian sebelum-sebelum ini. Kisah kami bermula tika kami tiba di hadapan 7Eleven, Cameron Square, Brinchang pada pukul 6.00 pagi. To be exact 6.30 pagi tak silap. Haha. Disebabkan absorber keretaku buat hal. Boleh pulak nut longgar tetiba masa tengah bawak. Setibanya kami di sana terus mencari surau untuk menunaikan solat Subuh. Lokasi suraunya terletak di tingkat bawah B1. Naik lif turun ke level B1. Dan keluar sahaja dah ada signboard surau. Selesai sahaja solat subuh, kami terus bersiap-siap. Beg daypack penuh diisi dengan beberapa bungkus roti yang dibeli di 7e bersama sebotol air 1.5L mineral dan sebotol kecil air manis. Ada juga dibawa bersama kelengkapan seperti Counterpain, Wet Tissue, Poncho dan Powerbank. L

Perth 2017 - Persediaan Sebelum Bertolak

Image
Assalamualaikum w.b.t. [Post Tertunda] Coretan pertama 2017. Catitan pertama bulan yang ke 8. Masih memujuk diri untuk meneruskan hobi yang tergantung sepi. Menulis. Berkongsi kisah peribadi untuk tatapan diri di masa mendatang. Namun, azam yang masih terkujur layu dek kesibukan dunia dan amanah bermajikan. Pulang dari kerja semakin lewat, kerja bertimbun yang tak pernah berkurang malah makin bertambah, hujung minggu yang penuh dengan aktiviti merehatkan minda dan berukhuwah bersama ahli rumah yang lain juga tak lupa sedikit ruangan masa beberapa jam untuk aku laburkan memenuhi amanah, berkongsi ilmu bersama adik-adik bakal pasukan silat seni SUKMA Selangor 2018. Alhamdulillah. Walau dipenuhi masa yang sentiasa mencemburui diri ini, masih punyai ruang masa untuk aku bahagikan buat familyku, sahabatku, dunia silatku, periuk nasiku dan passionku. Seperti penulisan sebelum-sebelum ini, setiap catatan pengembaraan suka untuk aku kongsikan di ruangan ini. Malah ruangan ini sendiri diw